Friday, 2 November 2012

Diana Danielle & Farid Kamil Nikah 3 November

Pelakon Farid Kamil, 31, mengumumkan dia dan Diana Danielle, 21 akan berkahwin pada 3 November nanti, majlis resepsi pula akan diadakan pada 21 November. Pengumuman secara tergempar itu dibuat ketika berlangsungnya majlis tayangan media filem terbaru arahan serta lakonannya, Pe3, di TGV Sunway Pyramid semalam.


Melalui laman web hiburan gua.com.my, Farid dan Diana akan  mengadakan majlis pernikahan mereka di sebuah tasik dan taman di Hotel Flamingo, Ampang.

Farid berkata, dengan keizinan kedua belah pihak keluarga, dia mengumumkan tarikh nikah pada 3 November kepada pihak media.
“Setelah mendapat restu dari kedua ibu bapa saya, saya memilih untuk mengumumkan serta berkongsi mengenai perkara ini kepada semua. Mungkin ramai yang terkejut dengan pengumuman ini namun tidak ada apa yang perlu dikejutkan kerana saya memang memilih tarikh tayangan Pe3 ini untuk umumkan perkara yang baik,”
persiapan perkahwinan telahpun kami lakukan sedikit demi sedikit. InsyaAllah pada tarikh itu nanti semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat,”
Majlis resepsi Diana pula akan berlangsung pada ulang tahun kelahiran Diana yang ke-21 iaitu pada 21 November ini manakala majlis di sebelah Farid pula akan diadakan pada bulan Disember depan.






p/s : hahaha . sweet nyerrr .. diorg nk nikah arini ! xcited .. ^_^ ~thniah ...

No comments:

Post a Comment